Saturday, November 15, 2008

Bina landasan ekonomi baru

Sokongan orang Melayu bandar kepada UMNO dikatakan masih lemah, apa komen Datuk Seri?
DR. JAMALUDIN: Kita mengakui bahawa kini ramai anak muda tinggal di bandar untuk mencari rezeki. Oleh itu kita harus berusaha bagaimana menarik minat mereka terhadap UMNO dan BN. Sebab itulah saya katakan bahawa pendekatan kita perlu berubah. Ini kerana keadaan antara di bandar dan luar bandar adalah berbeza. Kalau di luar bandar ada persatuan belia, tok penghulu dan ketua kampung tetapi di bandar tidak ada, justeru anak muda tidak nampak apa sumbangan kerajaan kepada orang Melayu di bandar. Berdasarkan kepada keadaan itu, kita perlu melakukan anjakan bagi membela orang Melayu berkenaan tanpa meminggirkan kaum lain. Kita mahu memastikan jika orang Melayu di bandar dibela, kaum lain juga akan menerima layanan yang sama.

Dalam membantu anak Melayu di bandar terutama berkaitan kos sara hidup, kerajaan perlu mencari jalan bagaimana untuk membantu anak Melayu di bandar tetapi dalam masa yang sama kaum lain dibantu. Saya percaya di bawah kepimpinan baru nanti, tumpuan akan diberikan kepada usaha meningkatkan taraf hidup Melayu bandar seperti perumahan dan pengangkutan mereka.

Tetapi kerajaan akan berhadapan dengan pembangkang yang dianggap kuat di bandar?
DR. JAMALUDIN: Atas sebab itulah saya meminta ahli-ahli UMNO bersedia membuat penjelasan mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. Kita tidak boleh mengamalkan sikap berpeluk tubuh kerana yakin pembangkang tidak akan mampu mempengaruhi rakyat. Kita harus menggunakan segala saluran media untuk tujuan berkenaan.
Dalam Parlimen, saya mengajak pembangkang supaya tidak lagi saling tuduh menuduh kerana pilihan raya sudah berakhir, sebaliknya saya minta mereka bersama-sama membantu BN. Saya percaya kerajaan BN di bawah Najib nanti akan mendengar suara rakyat tanpa mengira apa juga kaum dan fahaman politik kerana mereka juga adalah rakyat Malaysia. Prasarana paling penting dalam negara kita ialah perpaduan kaum dan sejarah membuktikan semua kaum ini mampu memerdekakan diri kita sehingga negara aman dan mencapai kemajuan.

Dalam soal ekonomi, apa yang sepatutnya dilakukan bagi meningkatkan kemampuan orang Melayu?
Dr. JAMALUDIN: Bagi saya untuk tempoh 50 tahun akan datang, kita perlu membentuk ekonomi baru, tidak boleh lagi memberikan tumpuan kepada ekonomi berasaskan sumber seperti kelapa sawit dan getah serta upah yang murah sahaja. Ekonomi akan datang perlu berasaskan ilmu dan menggunakan getah serta kelapa sawit sebagai sumber menghasilkan produk dan pasaran baru. Kita boleh meneruskan perladangan kelapa sawit tetapi kita juga perlu mewujudkan industri baru menggunakan tekonologi dan ilmu serta menjadikan minyak kelapa sawit sebagai sumber seperti menghasilkan produk-produk bio diesel, vitamin, bahan kesihatan dan lain-lain. Anjakan ini perlu dibuat bagi membina peluang pekerjaan dan mewujudkan kemakmuran baru bagi anak-anak muda yang merupakan generasi berilmu. Dahulu, anak muda kita berasal dari kampung dan bekerja di bandar jadi apa salahnya kita ubah pendekatan iaitu memastikan ilmu yang mereka tuntut bukan sahaja bagi meraih peluang pekerjaan di negara sendiri tetapi di dunia. Tambahan pula, sekarang ini kita dengar anak muda profesional kita diburu oleh syarikat antarabangsa untuk ditawarkan jawatan yang bergaji lumayan di seluruh dunia.

Apa nasihat Datuk Seri kepada ahli UMNO?
DR. JAMALUDIN: Kita jangan lupa bahawa dalam pemilihan ini yang pentingnya kita bentuk satu pasukan untuk memulihkan kembali maruah UMNO yang sudah terjejas. UMNO kena buat perubahan, saya yakin ahli UMNO bijak dalam memilih barisan untuk menyokong Najib. Ia bagi membolehkan kita berusaha untuk membina negara ini kepada satu tahap kemakmuran lebih tinggi.

13 comments:

Pejuang said...

asm, first, tahniah & syabas atas blog ni, nmpknya ds dah mula berblog. apa yg di sebut, lambang semangat utk membuat perubahan dlm umno,apa pun congrats n hope u win the veep post..adioss.

Unknown said...

bagus le tu...undi & sokong orng ra*a - ra*a...sokong plak parti rasuah..eh politik wang..! ingatlah..PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH KE DALAM NERAKA..! itu pun kalau percaya....(engko percaya ke `pejuang` ?)

ardey said...

mai lah raba saya ehhhhhh

mohd said...

sediakan plastik sebelum meraba ardey.....

WARIS PAHANG said...

Assalamualikum, Tahniah kerana menegur Suhaimi Saad baru-baru ini di Masjid Keratong 4.

Dan syabas atas blog ni,selamat berjuang.

"Kita Pewaris Pahang, Kita Penyelamat Pahang".

Unknown said...

hahahahahahaha......sorang lagi pewaris parti ra*a-r*ba....hahahaha
nak jadi penyelamat pahang ? hahahaha belanjawan defisit..? hahahahahaha....parti ra*a-r*ba tegur ustaz ? hahahaha...

Niezam said...

Blog nie perlu diperbaiki dan diupdate selalu...

nawza said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

amno mengurus negara umpama urus kilang kicap

Mendebar Dada Menyembunyi Pekong.

Menjangkau lebih 51 tahun negara kita Malaysia mencapai merdeka dari belenggu penjajah British; seiring dengan itu juga negara kita disogok dengan satu kepercayaan ganti dengan tiupan nafiri dan semboyan yang retorik oleh kerajaan Pusat BN/UMNO. Diawal kemerdekaan kerajaan pusat adalah Perikatan (kapal layar yang mutannya adalah UMNO, MCA dan MIN). Kegagalan Perikatan/Kapal Layar dalam pilihanraya 1969, beberapa negeri nyata Perikatan tewas dan tidak berupaya membentuk kerajaan beberapa negeri. Untuk terus menjana kuasa Perikatan bertindak membuka gelanggang baru legasi politik negara ketika itu, natijahnya mereka dapat manipulasi terus berkuasa dan memerentah dibeberapa negeri berkenaan.

Sekembalinya Pengarah Mageran Negara Tun Abdul Razak Hussein dari lawatan ke negara China menemui Perdana Menterinya Mendiang Chou Eng Lai dan Prsidennya Mau Tze Thong (saya masih ingat wartawan Utusan Melayu yang turut serta adalah Subki Abdul Latif dan jurubahasanya adalah Profesor Dr Ubaidallah Dato' Nasir pensyarah UM - putra mantan MB Kelantan/Menteri Tak Berfolio meninggal dunia di Australia dimakamkan di Melbourne). Selepas itu Pengarah Mageran Tun Razak mengembang dan melebarkan komponan parti-parti dalam Perikatan/Kapal Layar bertukar menjadi Barisan Nasional-BN. Diatas nama baru BN yang bersimbulkan 'dacing' menghadapi PRU 1974 dengan cemerlang.

Maka sejak dari itulah kerajaan sentiasa memupok berulang-ulang kali, tanpa kamus jemu mengulangi disogokkan kepada rakyat dengan menggunakan media resmi kerajaan seperti RTM untuk kepentingan UMNO/BN termasuklah dimedia cetak perdana. Hinggalah amat berkesan dengan tebal dan mendalam ditelan diimani oleh sebilangan besar rakyat pelbagai komposisi menerima dan menelan dakyah dari Kerajaan Perikatan dilanjutkan kepada BN dengan mengasak fahaman dan menjadi pegangan kukoh oleh rakyat kampong khususnya dikalangan orang-orang Melayu iaitu "Hanya BN sahaja yang mampu memerentah berupaya memberi kebahagian dan kesenangan kepada rakyat dinegara kita".

Sekalipun diatas nama BN kerajaan bergerak, namun pada hakikatnya ianya dibayangi dan dikemudi tandu oleh UMNO dalam membuat keputusan dan perlantikan dipengisian kepentingan BN. Semuanya ditelanjangi datangnya dari parti yang bernaung dalam kontena BN sendiri seperti MCA, MIC, GERAKAN, SAPP, PPP dan lain-lain bangun dan bingkas dikalangan mereka tampil diluar kontena BN memberontak dan menuntut keadilan didalam perjalanan dan merealisasikan pengisian BN. Ianya telah mengelegak sejak akhir-akhir ini dan pasti akan meletup seperti gunung berapi Karakatau setidak-setidaknya umpama letupan C4 keatas jasad putri Monggolia Altantuya yang berhantu itu.

Dakwaan bersekali dengan sogokkan dalam manipulasi pupus minda yang kadangkala umat Islam tercalit iman dan terancam pegangan agama Islam mereka yang tulin apabila mutakhir ini ditambah Islam dibawa oleh Junjungan Rasulallah Muhammad Ibn Abdullah dengan Islam bari yakni "ISLAM HADHARI" demi untuk kekuatan kepada UMNO kununnya. Dakwaan dan sogokkan itu disanggah oleh Dewan Ulama' PAS dan beberapa pehak yang lain ianya adalah syirik. Doktrin memaksa rakyat memegang dengan pegangan, "Hanya Barisan Nasional sahajalah di negara kita Malaysia yang mampu memberi kesenangan dan kemajuan pembangunan kepada rakyat". Tempoh 51 tahun lebih parti Perikatan kini BN menjaja disemua media cetak, RTM dan pelbagai lagi dengan mengatur baris tutur bahasa dan ditambahnilai berupa kosmitik dengan lagu-lagu patriotik semata-mata bertujuan memuji, memuja dan pinta rakyat bersama taat pangkkah Perikatan-BN setiap masa sentiasa dengan UMNO, untuk apa?

BN-UMNO sahajalah yang mampu memberi kekayaan, kemewehan, kesenangan, keamanan, keselamatan dan menjamin hak-hak rakyat, apakah benar ianya begitu. Pemimpin-pemimpin perdana sampai kepada pemimpin kembong dikampong (cawangan) UMNO-BN lama dah mereka berkuasa dan bermaharajalela dikampong-kampong menipu dalam banyak perkara secara berulang-ulang dan akhirnya rakyat kampong menerimanya dijadikan kenyataan sekalipun ianya adalah dusta semata-mata. Yakni, ini ini, ini ini, ini ini UMNO lah yang buat, UMNOlah yang dirikan, UMNOlah yang yang memberi bantuan. UMNO UMNO, UMNO UMNO, UMNO UMNO lah yang mampu buat ini semua, PAS tau buat apa?

Depa cuma pandai bersyarah pasai ugama tentang hukum hakam saja, masuk mesjid keluar madrasah mengajar berceramah, taskirah dan berkuliah. Yang ni haram, yang tu haram, kehulu kehilir kilit kitab? Mereka dakwa ugama dan akidah boleh bagi makan dekat rakyat ke? Ugama boleh makan ka? Akidah boleh makan ka? Itulah diantara semboyan dan dakwaan disogokkan kepada rakyat. Rakyat dikalangan India berugama Hindu, Keturunan Cina berugama Budha dan orang-orang Melayu berugama Islam ramai dikalangan rakyat komposisi menerima dakyah palsu ciptaan UMNO tersebut. Hatta sampai perengkat memalsukan dan sengaja menafikan maklumat kepangkuan rakyat dengan info membezakan diantara hak kerajaan/rakyat dengan hak hakiki keupayaan UMNO.

Pemuka-pemuka UMNO ini yang tampa muka cuma bermuka-muka menabur berita semuanya hak UMNO, jasa UMNO kepada rakyat. Dzolim sungguh UMNO ni sengaja memalsukan kenyataan kepada rakyat perbezaan hak. Hak sebenar kerajaan/rakyat dijadikan hak UMNO umpama umang-umang bangkai ditepi laut, tak kira kulit siput sapa, janji kosong dia masuk dan bergerak dengan nama umang-umang (UMNO) bergerak kesana kesini, itulah UMNO?

Realiti Bukan Mimpi.
Lima puloh tahun lebih UMNO-BN bermaharajalela disemua ufuk bumi dan perut bumi, diudara maupun diangkasa maya, dilautan samudera yang luas. Mereka rakus menjadi pendekar yang berbelit tarinya, menjadi lanun dan seumpamanya mengaut dan memonopoli khazanah rakyat diatas semua kepentingan untuk pimpinan-pinpinan perdana dan urutannya oleh UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan komponan-komponan lain atas nama kepentingan jajaan bersimpang bersiur iaitu Dasar Ekonomi Baru - DEB. Ibarat nilai RM10 yang sampai ketangan hakiki rakyat cuma RM3 dan kekantung mereka RM7 . RM3 ringgit inilah dijaja disentero negara mengatakan inilah jasa UMNO kepada rakyat jelata. Aduuuuuuuuuuuuuuuuh sanggup depa dakwa!!!!!

Mereka cukup-cukup sedih mampu melakukan sogokkan. Setiap 5 tahun atau 10 tahun mereka (UMNO, MCA/Gerakan, MIC dll) menemui kegagalan semasa merealisasi songlap harta negara, pasti mereka petah dan berkuasa pula menghala bias sasaran tempat lunggokan dimangsa madatori adalah DEB orang Melayu keseluruhannya, orang Cina keseluruhannya, orang India keseluruhannya menerima malapetaka dan mangsa. Sedangkan segelintir haprak Melayu UMNO, habrak Cina MAC & Gerakan dan Habrak MIC,PPP yang mendapat habuan dihukum loncong atas semua keturunan mendapat nikmat dan faedah DEB, dzolim sesungguh dzolim mereka ini.

Maka sejak dulu sampai la ni, maka lahirlah UMNO-perkasa, MCA/Gerakan perkasa, MIC perkasa dan perkasa komponan lain di Sabah dan Serawak. Ianya atas kepentingan individu perdana atau proxy langsung pimpinan perdana dimangsa humban mangsanya kepada UMNO, MCA, MIC Gerakan dan beberapa komponan perdana BN di Sabah Serawak. Mereka kukuk, seperti pukat harimau tak kira jenis apa. Mereka berlumba mengemuka kertas kerja kepada mereka, dan merekalah meluluskan dengan tambahharga berganda, dalam pincang runding arus. Maka dengan itu silih ganti dan silih milik penguasaan, semuanya atas kepentingan memenuhi, menunaikan DEB. Inshaallah saya akan detailkan syarikat lrono dan proxy dulu kini untuk imbauan rakyat yang lupa nama-nama penjarah ini yang berselimut didalam gebar DEB. rakyat jelata habuk saya merasa. Inilah keadilan dalam menangani ekonomi negara.

Haprak-haprak lanun UMNO, lanun MACA/Gerakan, lanun MIC dan Lanun &CO di Sabah dan Serawak yang masih mempertahankan takut UMNO, MCA, MIC, Gerakan &Co atas nama BN takut hilang kuasa perengkat negara kerana 5+1 negeri telah terlucut dan rakyat bangun bertindak dan mengajar serta memberi pengajaran dan tujukjalan dan tunjukarah kepada mereka. Di 5 negeri ini mereka sedang gila minda dan gilatalak dengan menyiram petrol keatas kapas, mencurah garam kedalam laut dan memberi sayap kepada burung. Alhamdulillah! Neon gas perkauman ditanamkan sekarang oleh UMNO-BN komposisi keturunan warganegara tidak membeli dakwaan tersebut dengan harga yang murah.

Almarhom Ustaz Khidir Khatib (mantan ADUN Kelantan/matan SUP Almarhom Dato' Asri Haji Muda) dalam Ogos 1984 didewan Zilkiflee Mohamad 1960 Jalan Dato' Pati Kota Bharu (Bangunan PAS) ketika itu ana Ibn Abdullah, Ustaz Mustapha Ibrahim dan Haji Saufi Othman (kedua-duanya Almarhom yang paling muda umur ketika itu adalah Ibn Abdullah) katanya "Sheikh.... sekiranya kepimpinan baru dalam PAS dapat ganti setara atau lebih hebat dari apa yang ada kepada Almarhom Uztaz Zul (baca YB Profesor Ustaz Zulkiflee Bin Mohamad mantan MP Bacuk, maaf tak dapat ingat Bachuk mana nama sebenar kawasan parlimen ketika itu) pasti obor Islam dan PAS dalam masa tidak jauh akan menjadi kenyataan disisi 'Allah, aku sudah mati ketika itu kerana sekarang pun aku cukup tua (pelat Sumatranya), anta Sheikh barangkali dapat bersamanya waktu itu".

Benar Uztaz Khidir Khatib ana dapat menyaksikan dengan penyaksian sesungguhnya nukilan dan harapan Uztaz itu telah direalisasi oleh kepimpinan Perdana PAS yang berjiwa besar, sabar, istiqamah, berusaha, berdoa dan bertawakal pemimpin dan kepimpinan sebagaimana hajat dan hasrat Uztaz itu dikurniakan oleh 'Allah kepada PAS mereka berjaya atas nama kesejahteraan dan kemuafakatan dalam PRU12 8 Mac 2008 mereka telah berjaya menawan dari UMNO, Gerakan-BN 5 negeri dan wilayah Persekutuan termasuk negeri Yusof Rawa Ustaz UMNO-Gerakan/BN telah berkubur Ustaz Khidir (sekiranya Junjungan Rasulullah menjawab salam umatnya ketika dialam kubur; sebegitulah ana menceritakan PAS sekarang untuk Almarhom Uztaz Khidir- maaf, saya sendiri telah melepasi sekarang 2/3 usia Ustaz ketika 1984 dulu).

Kebal Dan Tebal.
UMNO - BN mampu bertahan bukanlah difaktorkan kekuatan yang dimiliki secara pukal kekuatan dan kemampuan hakiki yakni kekuatan pembinaan dalaman keutuhan solid perpaduan dan sokongannya. Ianya nampak kuat gagah perkasa kerana selama ini UMNO-BN menjadi dinding utamanya adalah undang-undang yang diaktakan diParlimen semata-mata untuk menjamin keselamatan UMNO - BN tidak tergugat. Iaitu undang-undang seperti ada udang disebalik mee iaitu OSA, ISA, AUKU dan paling parah adalah undang-undang dharurat seperti Mageran, semua ini saya mendengar dan orang ramai juga mendengar slogan kata-kata ini.

Pelindung penyelamatnya adalah agensi perkhidmatan awam sebagaimana diperkatakan oleh ramai orang dan banyak gulongan seperti PDRM, FRU, SPR, BPR, RISDA, ATM, RTM, TV3&CO, Akhbar UM/NH/ dan lain-lain lagi. Inilah sebenarnya kekuatan dan talihayat UMNO - Bn selama ini yang menyelamatkan UMNO - BN. Sekiranya tampa pendinding dan pelindung diatas, pasti sudah lama UMNO - BN menjadi aruah dalam negara kita, saya pasti kenyataan ini.

ISA terus menjadi pelindung dalam melindungi kedurjanaan perdana dalam menyelamatkan kepelbagian tuduhan yang rakyat tuduh dan halakan dengan bukti dan fakta keatas setiap pemimpin perdana UMNo - BN. Mengatasi dibawa pengadilan ke Mahkamah yang memboleh dan memampukan pertetuduh mendedahkan butiran kesalahan di mahkamah, jalan halang dan jalan pintas yang berduri adalah dikenakan tuduhan palsu dan dikena tahanan di ISAkan. Inilah bijaksininya UMNO - BN mempertahankan diri dan mengelakan dari tempayan budu mereka dipecahkan didalam mahkamah.

Itulah UMNO yang sedang saya melihat sekarang, apalagi piteh digunakan seperti membeli ikan kembong di pasar dalam membeli, memancing undi untuk kelayakkan tertentu dalam pemilihan persidangan UMNO sekarang.

HIDUP UMNO DENGAN RASUH!!! HIDUP UMNO DENGAN RASUAH!!!
HIDUP UMNO DALAM RASUAH!!! BELI UNDI MACAM PASAR CHOW KIT.
TUNGGULAH KETIKA DAN SAAT KEMUSNAHANNAY.

oleh al`awab
(copypaste - kedahlanie)

mohd said...

tutup je la blog ni.....jj pemalas...nak tunggu jadi menteri je..itu pun kalau najib ingat !

Seladang said...

JJ nak jadi MB! Shahkar nak jadi MB! Sahak nak jadi MB! Yang mana satu idaman Najib Rosmah? Rasa-rasanya tentulah Orang Pekan! Tapi pencak silat orang Bintang jangan main-main! Dalam menepis dia mengena!

Bagaimana pula dengan JJ ?

Dato Nan tak kan nak serah buta macam Pak Lah serah mengalah!

Jangan sampai Najib Rosmah berkelahi dengan Istana macam di Terengganu dan Perlis kerana pilih memilih MB.

Harap-harap ketiga calon berwibawa ini hanya berkempen mulut saja, jangan sambil mencurut meraba pulak!

lompinlai said...

Ekonomi baru ini mestilah adil untuk semua.Bukan yang kaya semakin kaya dan yang susah makin derita.

Ramai lagi rakyat Rompin yang perlukan pembelaan.

Orang Rompin sekarang bukan macam dulu lagi.... Jangan janji tinggal janji.